20061118

kepadaNya kami memohon

Pementasan Anak Melayu Pasir Ris.(AMPR)
18th November,Temasek Polytechnic..Auditorium 1.

Hari yang di nanti-nanti kan...
Hari penentuan bagi segalanya...
Bukan hanya untuk membuktikan kepada semua..
Tapi juga kepada diri sendiri..

DariNya kita memohon...
supaya diberikan ketabahan yang lebih..
supaya semuanya berjalan dengan lancar dan terbaik..
supaya apa yang telah diusahakan berbaloi..
mudah-mudahdan diberkati allah..direstui...

Insya'allah...

Bagi pengarah production ini..Harapan saya
ialah supaya usaha dan kerjasama kami semua
membuahkan hasil..hasilnya ada apabila yang datang
menyokong mahupun sekadar menonton terhibur dan dapat diterima.

Cerita disebalik apa yang dipentaskan mempunyai maksud yang lebih
mendalam.Dengar dan menghayati la.Tonton la dengan hati yang ikhlas dan terbuka.
Maksud itu bergantung kepada individu yang datang menonton...

Dari itu..cerita yang dipentaskan tiada kaitan pada yang hidup mahupun yang mati
Tidak bermaksud untuk menyindir mahu pun mengutuk.Tapi sekadar pengajaran.
Suatu cerita yang berat untuk dipentaskan.Tetapi alhamdulilah.Saya tidak janji pementasan yang hebat.Tetapi pementasan yang ikhlas dari hati dan supaya keikhlasan itu ditonjolkan supaya menjadi pementasan yang elok dipandang.

Suatu pementasan yang amat saya banggakan.Bukan kerana betapa hebatnya persembahan tapi betapa hebatnya ketabahanan mereka.Betapa sayang yang mereka sesama sendiri.Betapa kukuhnya persahabatan mereka.Dari itu saya bangga menjadi sebahagian dari mereka.

Last but not least,

Doakan la daku...
Terima Kasih..

Salam Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan batin
Supaya terhibur...